Tudung Sicomel

Tudung kanak-kanak

Thursday, March 30, 2017

Mee Bandung Muo





Bahan-bahannya:
1@2 plastik mee kuning
4 ke 6 ekor udang
4 ketul fishcake potong nipis
1 plastik kecil fish ball di belah 2
1@2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
5 tangkai cili kering blend @ lada boh
2 biji keledek (size kecil) 
    - direbus dan dilenyek
  - klu tak nak letak pun takpe tapi sila lebihkan kacang supaya kuah pekat.
2@3 biji telur
4 helai sawi potong kecil2
segenggam udang kering(blend atau tumbuk)
seketul daging di hiris(rebuskan dan simpan air nya)
suku cawan kacang tanah goreng(ditumbuk)
   
Bahan hiasan:   
bawang goreng
cili merah hiris
limau kasturi  
   
Celur mee kuning dengan air panas. Toskan. Blendkan bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.
Kemudian masukkan air rebusan daging, hirisan daging dan udang basah. Didihkan.
Masukkan pula gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit demi sedikit keledek lenyek dan kcg tanah. Rasa kuah kalau rasa tak ok
bubuh keledek lenyek dan kacang tanah lagi sekiranya kurang pekat.
Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.
Biarkan telur masak. Akhir skali masukkan sawi. Rasa masakan cukup rasa. Kalau dah ok tutup api.


Letakkan mee semangkuk2, curahkan kuah di atasnya. Hiaskan dengan bawang goreng, cili merah hiris dan limau kasturi.
Lepas tu baca bismillah, dah boleh makan. Yey!

No comments:

Post a Comment